Saturday, December 31, 2005

Tentang diriku ini

Diriku ini hanya seorang insan biasa yang telah dirahmati Allah dengan tubuh badan yang sihat. Aku teramat bersyukur diatas kurniaan ini. Aku juga telah melalui dunia persekolahan yang sempurna, dan telah berpeluang menjejak kakiku ke Menara Gading hingga keperingkat Ijazah yang kedua.

Aku bertemu jodoh dengan suamiku pada 1 September 1960. Kami dikurniakan enam orang cahaya mata yang comel-comel yang terdiri dari tiga puteri dan tiga putera. Syukur kehadrat Illahi diatas kurniaan ini.

Apa yang lebih mengembirakan aku adalah semua anak-anakku telah pun berpeluang melangkah kaki mereka ke Menara Gading. Buat masa ini hanya anak bungsuku sahaja yang belum selesai pengajiannya dalam bidang perubatan di sebuah Universati diluar negara. Insya Allah dia juga akan mengikut jejak kakak-kakak dan abang-abangnya lulus dengan cemerlang.

Semenjak suami dan ibuku yang tercinta kembali kepangkuan Illahi, aku tidak lagi seaktif dulu. Jiwaku kini kosong, kecuali bila aku dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu. Diriku kini terasa terasing kerana tiada lagi tempatku mengadu dan menumpang kasih.

Semasa usiaku masih muda, aku merupaseorang yang aktif dalam kerja-kerja amal dan bergiat cergas didalam berbagai kegiatan sosial.

First posting

This blog is dedicated to my children, grandchildren, friends and families.