Saturday, April 26, 2008

dairi kehidupan

Pada 23 April lalu aku pergi jumpa doktor pakar di Hospital besar Kota Bharu. Sepatutunya selepas berjumpa doktor kesihatan aku bertambah baik. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sehingga kehari ini akuu masih lemah dan merasa sengal-sengal dan lengoh diseluruh tubuhku.

Mungkin akibat menunggu terlalu lama sebelum dapat bertemu doktor. Aku telah diberi berbagai ubat untuk menyihatkan diri ini. Doktor telah memberi aku 7 jenis ubat:-
1.Lavastatin 20mg - cholestral 4.4
2.Duspatalin 135mg - IBS
3.Amludipine 5mg- high blood pressure
4.Ca Lactate - asteroprosis
5.Fusamax Fumg - astroprosis
6.MVT T -general health

Melihat kepada ubat-ubat pun sudah cukup membuktikan bahawa keadaan kesihatan ku bukanlah baik sangat.

Tetapi dek terpaksa menunggu 3 jam itu menyebabkan penyakit darah tinggi ku melonjak naik hingga 149/93. Inilah keadaannya kalau pergi kehospital kerajaan. Tapi apa kan daya. Inilah sahaja tempat yang aku dapat ubat percuma dan berkualiti tinggi pulak tu.

Tapi sejak pergi jumpa doktor hari tu, sudah tiga hari tak berdaya keluar rumah kerana letih. Sepatutnya selepas pergi hospital lebih cergas dan sihat. Tapi aku tetap bersyukur kerana masih ada selera makan