Monday, October 05, 2009

Apa nak jadi kepada orang Melayu?

Renungan: Apa nak jadi kepada Orang Melayu?

Sebelum Negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara ini telah menjadi tumpuan berbagai pihak untuk mencari rezeki. Kebanyakan mereka terdiri dari kaum Cina dan India yang asalnya telah dibawa masuk oleh pihak Inggeris semasa mereka menjajah negeri ini puluhan tahun yang lampau. Sebagian besar negara ini pernah dijajah oleh Pertugis dan Belanda. Jepun juga pernah mencuba tetapi berjaya diusir leluar selepas hanya beberapa tahun berada disini.

Tanpa disedari oleh penduduk asalnya, iaitu orang Melayu, banyak sekali bahan-bahan mentah yang berharga saperti bijih timah, besi, emas dan perak, getah dan kelapa sawit telah dibawa keluar untuk diproses diluar negara , terutamanya diBritain.

Mereka kemudiannya menjual balik kepada kita sebagai bahan yang sudah diproses, saperti pakaian,makanan, dan lain -lain bahan pengguna harian saperti sabun, kasut, tayar, basikal, kereta, pinggan mangkut dan berbagai lagi.

Bahan–bahan berharga ini dilombong dan diangkut dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka sendiri.

Mereka bukan sahaja meminggirkan orang-orang Melayu, bahkan telah membawa masuk beribu-ribu pekerja dari Negeri Cina dan India untuk menjadi kuli mereka dan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka ini , untuk sama-sama mengaut keuntungan dari kealpaan orang Melayu.

Sedangkan orang Melayu sendiri diulik, didodoikan dan dikelirukan dengan jawatan-jawatan rendah saperti kerani dan peon dipejabat-pejabat pentadbiran mereka. Inilah hakikatnya keadaan orang Melayu ketika itu. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah ditipukan hidup-hidup oleh pihak penjajah, terutamanya Pihak Inggeris yang bijak berdiplomasi.

Tidak ramai dikalangan orang Melayu yang celik huruf ketika itu, jadi senanglah bagi mereka untuk di awtai (dibohongi) oleh penjajah untuk menyerahkan berbagai kuasa kepada mereka dengan janji-janji akan menjaga kepentingan orang Melayu, kecuali hal ehwal ugama Islam dan adat istiadat Melayu yang diserahkan kepada raja-raja Melayu.

Raja-raja Melayu pada ketika itu, yang telah diumpan dengan berbagai cara, mengikut sahaja teluntuk penjajah kerana takut kehilangan tahta masing-masing. Manakala pihak pejajah pula telah mengadakan berbagai perjanjian dengan berbagai pihak lain bagi menjaga kepentingan mereka disini. Inilah nasib orang Melayu sehingga sekarang walaupun negara telah 51 tahun mencapai kemerdekaan.

Melayu mudah alpa dan mudah lupa. Inilah kelemahan orang Melayu. Tidak mahu balajar dari kesilapan masa lampau. Mereka sering bertelingkah sesama sendiri kerana gilakan kuasa dan kekayaan yang bersifat sementara. Orang melayu mudah "syok" sendiri. Mereka sanggup menggadai reputasi bangsa sendiri demi kepentingan diri sendiri yang tak puas-puas mengejar kuasa. Mereka sanggup mengabaikan kepentingan bangsanya sendiri.

Perkara ini amat tepat sekali saperti yang telah dibayangkan oleh pepatah Melayu yang berbunyi “Itik diair mati kehausan, Ayam dikepuk mati kelaparan” dan juga boleh dikatakan saperti “Kera dihutan disusukan, anak dikendung mati kelaparan”. Pepatah ini masih releven sehingga hari ini.

Kerana asyik bertelagah sesama sendiri, apa yang ada didepan mata diketek (dicuri)orang lain. Orang lain yang matanya galak mengintai kelemahan kita, mudah sahaja mengambil peluang mengaut keuntugan dari kealpaan kita.

Kalau kita asyik bertelagah dan berburuk-buruk sangka sesama sendiri, janganlah marah kalau orang lain yang berjaya. Orang lain berjaya kerana mereka bersatu sesama sendiri. Lihatlah betapa banyak persatuan-persatuan orang Cina dalam bidang perniagaan yang terpacak namanya besar dan tersergam dimana-mana Bandar besar.

Apa yang telah terjadi kepada bangsa kita yang telah mempusakai harta dari nenek moyang mereka? Ribuan hektar tanah telah di wakafkan terbiar dan tidak diuruskan. Apa dah jadi kepada tanah-tanah sawah yang terbiar dimerata tempat terbentang luas disana sini, sayup-sayup mata memandang.

Kalaulah tanah-tanah ini menjadi milik orang Cina atau disewa kepada orang Cina, mereka akan mengusahakannya sebaik mungkin siang dan malam dengan berbagai tanaman. Tanah-tanh tinggi diterokai dan diusahakan dengan berbagai tanaman komersial.

Lereng-lereng bukit diredah dan dibangunkan dengan bangunan mewah yang hanya mampu dibeli oleh Bangsa lain. Orang Melayu terlopong kehairanan bagaimana bangsa lain boleh menjadi kaya raya, sedangkan kita sendiri telah lama berada disini, tapi tak pandai nak mengexploitasi kekayaan negara. Dimana silapnya?

Sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sumber pendapatan yang lumayan bila tanah-tanah yanf ditinggal kosong jatuh ketangan orang Cina, walaupun ia hanya sebesar tapak kera. Kenapa?

Oleh itu janganlah kita marah kepada kaum Cina, yang kini telah ditakrifkan sebagai rakyat Malaysia. Mereka juga sudah cintakan negara ini dan menganggap negara ini negara mereka sendiri. Mereka juga sudah tidak diterima sebagai raykat negeri Cina kalau pun mereka mahu memilih untuk berbuat demikian, kerana mereka juga telah dilahirkan dan dibesarkan disini.

Mereka juga sama-sama menerima peranan membangunkan negara ini. Bukan salah orang Cina kalau kita tak berjaya. Salah kita sendiri. Kita yang mengabaikan tanggungjawab membangunkan diri sendiri.

Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, kecuali orang itu sendiri yang mengubahnya. Oleh itu sedarlah wahai bangsaku.Kembalilah kepada perjuangan asal demi meneggakkan intergriti dan maruah bangsa dan tanahairmu yang tercinta ini.

Pihak kerjaan telah menyediakan berbagai kemudahan dan keistimewasan khusus kepada orang Melayu. Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) misalnya telah menyediakan berbagai biasiswa untuk orang Melayu, untuk belajar didalam dan diluar negara, untuk menjadi pewaris berguna dimasa hadapan. Sayang seribu kali sayang, ramai dikalang mereka tidak menghargainya kemudahan-kemudahan ini. Sampai diluar negara, mereka lupa tujuan asal mereka kesana.

Mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan politik dan kegaiatan lain yang diluar bidang tugas mereka. Minat kepada pelajaran terhakis sedikit demi sedikit, dek leka dengan berpesatuan itu dan ini, yang tidak memberi faedah kepada mereka.

Sebahagian dari mereka ini terpaksa pulang tanpa ijazah yang diharapkan. Ada juga diantara mereka yang mencaci hamun kerajaan yang memerintah. Mereka ini boleh dikatakan, umpama “menolong anjing tersepit” atau “orang bagi bunga dibalas dengan tahi”.

Ramai daripada kalangan remaja Melayu terjebat dengan dadah, Mat rempit, peragut dan panyamun. Apa dah jadi kepada Orang Melayu? Saban hari kejadian merompak menyamun melibatkan remaja Melayu. Kebanyakan mereka terlibat dengan dadah, ganja dan lain-lain. Alangkah malunya kita orang melayu yang terkenal dengan budi bahasa yang halus menjadi sampah masyarakat dinegara sendiri.

Mereka tinggalkan bangku sekolah kerana mengikut kawan-kawan sebaya mencuba sesuatu yang mereka kira mengasyikan. Mereka ingat berfoya didisco-disco dan pusat-pusat hiburan kepunyaan bangsa lain itu satu keistimewaan yang harus ditonjol dan dibangga-banggakan.

Agaknya bangsa-bangsa lain di negara ini ketawa terbahak-bahak melihat gelagat orang Melayu kecundang ditanah air sendiri. Orang Cina cemerlang dalam bidang sukan, orang Melayu cemerlang dibidang lepak, Orang lain cemerlang dibidang perniagaan, orang Melayu cemerlang pengambilan dadah. Apa nak jadi kepada orang Melayu?


Sunday, October 04, 2009

Blok B -12-09, Pelangi Condominium,
Jalan Post Office Lama,
15000, Kota Bharu, Kelantan.