Saturday, December 01, 2007

Budaya yang merugikan

Diri ini terasa begitu teruja melihat telatah orang-orang lama(tua) disini masih kuat, bertenaga dan berdikari. Kalau diukur dengan orang Melayu ia bagaikan langit dgn bumi. Orang Melayu yang seusia dengan mereka sudah pasti duduk diam-diam dirumah. Usahkan nak naik kenderaan awam, hendak melintas jalan pun harus dipimpin.

Inilah masaalah orang Melayu terlalu takut(timid). Sikit sikit nak minta tolong. Tak pandai nak berdikari. Sudah tiba masanya kita keluar dari kepompong budaya yang tidak menguntungkan.Umur 40 tahun sudah dikatakkan tua, apatah lagi umur 50 atau 60 tahun sudah dikatakan "rumah sudah menyuruh pergi-kubur pula sedang menunggui". Umur 40 tahun kita baru nak menenali hidup dengan segala macam cabarannya - sudah dikatakan tua.

Sepatutnya orang Melayu buang jauh-jauh kepercayaan yang karut marut bahawa rezeki "secupak takkan jadi segantang".Kalau kita rajin berusaha dan tidak mudah menyerah kalah saya percaya rezeki yang secupak akan menjadi sekawah atau dua tiga kawah, asalkan kita tidak takut kepada cabaran dan berani berjuang seperti bangsa-bangsa lain yang kebanyakannya datang sehelai sepinggang tetapi apabila berada dinegara kita menjadi jutawan, dermawan dan hartawan yang disegani.

Saya lihat orang-orang tua disini berjalan sendiri dengan langkah yang kuat dan gagah walau pun usianya ternyata sudah melebihi 70 an. Lelaki dan wanita kelihatan sama gagah. Yang wanitanya masih berdandan dan memakai anting-anting besar, leher disalut dengan mutiara besar berwarnawarni. Walalupun mereka sudah bertungkat,namun masih pergi kesupermarket sendirian. Biarpun semasa membuat bayaran tangan sudah nampak terketar-ketar.

Pelayan-pelayan dikaunter pun sabar menunggu dan tidak ada yang mengherdik atau menyuruh cepat. Mereka sentiasa senyum dan menunggu dengan sabar.

Dikala menaiki bas mereka tidak dikenakan bayaran sekadar menunjukan kad dan mereka diberi masa duduk sebelum bas bergerak. Tidak seperti diMalaysia belum pun penumpang sempat duduk bas sudah berjalan.

Alangkah bagusnya kalau kita orang timur yang dikatakan berhemah dan berbudi pekerti mulia mengambil iktibar dari contoh orang-orang Barat melayan orang tua. Mereka lebih menghormati mereka dari kita yang begitu gah mendabik dada bahawa kita lebih menghargai jasa orang tua. Mana buktinya?

Lihat sajalah dijalanraya, mana ada peruntukan untuk orang tua bergerak atau berjalan. Semua nya asyik nak buat duit. Buat jalan terus pasang parking meter. Tak ada langsung ruang untuk pejalan kaki.

Akhirnya orang tua tinggal dirumah. Puncanya "budaya yang merugikan".

No comments: