Monday, November 05, 2007

ISU ISU YANG MENGGANGGU FIKIRAN

Isu Mahasiswa menganggur telah dibangkitkan berkali-kali oleh berbagai pihak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Difahamkan terdapat hampir 80,000 mahasiswa menganggur diseluruh negara.

Sebagai anak watan yang cintakan Negara dan bangsanya saya amat kecewa dan bersimpati dengan masaalah yang menimpa golongan terpelajar ini. Mereka yang telah menghabiskan dan masa bertahun-tahun bertungkus lumus, mentelaah dan berusaha untuk mendapat segulung ijazah demi masa depan mereka dan keluarga mereka. Apakah ini balasan yang setimpal dengan usaha mereka? Sungguh malangnya nasib mereka. Terumbang ambing, terkapai-kapai, bagaikan badai ditengah lautan bergelora.

Cogan-cogan kata hikmat yang membakar semangat masih terdengar-dengar dicuping telinga ini semasa Bapa Kemerdekaan kita mengishtiharkan kemerdekaan dipadang bertuah bumi Melaka. ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’

Orang-orang Melayu begitu bersemangat menentang Malayan Union. Menurunkan bendera Union Jack dengan harapan segala-segala akan berubah. Orang Melayu akhirnya diberi taraf pemerintahan sendiri. Maka bermulalah sejarah baru, terombaklah sejarah lama.

‘Masa depan negara bergantung kepada kita sendiri’
‘Kitalah yang mencorakkan kehidupan kita’.
Itulah antara kata-kata hikmat yang selalu dilaung dan diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin politik pada waktu itu. Masihkah ia releven pada hari ini?

Pilihanraya demi pilihanraya telah diadakan. Rakyat jelata telah memilih pemimpin demi pemimpin untuk mentadbir negera ini. Mereka yang terpilih adalah terdiri dari orang-orang yang bijak berkata-kata penuh dengan ritoric-retoric yang memukau. Maka berubahlah corak pemerintahan negeri ini. Kekayaan Negara mula dimanafaatkan.

Kini orang kampong yang dulunya miskin telah mula merasa kehebatan kepemimpinan kita. Rumah-rumah batu tersergam indah disana sini. Dikampung, dibandar atau didesa. Hospital, klinik desa, sekolah dan universiti semuanya ada. Peluang pekerjaan pun bercambah-cambah bak cendawan selepas hujan..

Berbagai bidang pekerjaan terbuka luas sehinggakan kita menjadi tumpuan pekerja-pekerja asing dari jauh dan dekat. Semua tertumpu kesini umpama kupu-kupu diwaktu malam mengelilingi pancaran cahaya pelita. Umpama kelkatu mengerumuni lampu nion sehingga meyuramkan suasana kawasan itu sendiri.

Mereka bukan sahaja datang memperhambakan diri, sebagai pekerja buruh binaan, pembantu rumah, pekerja kilang, pembantu digedung-gedung perniagaan Tidak kurang pula yang datang sebagai tuan mengusai berbagai bidang peniagaan kecil dan besar.

Mereka yang mempunyui paras rupa pun turut datang menjaull kecantikan mereka, apalagi mereka yang mempunyai bakat seni tersendiri berpusu-pusu menjual karya seni dan bakat masing-masing..

Malah orang-orang asing ini juga telah mula mengusai bidang-bidang yang sepetutnya menjadi hak milik mutlak penduduk negeri ini saperti bidang nyanyian dan lakunan. Lihat sahajalah orang-orang saperti M. Nasir, Ferhad, rakyat Singapura, negeri yang dikatakan maju sangat itu pun datang mencari rezeki dinegeri ini.

Mereka ini bukan sahaja diberi peluang tingal dinegeri ini, bahkan dipuja dan diberi penghormatan demi penghormatan. Anak watan yang berjuang menuntut kemerdekaan , orang lain pula yang menikmati hasilnya. Adakah ini yang dikatakan kemajuan yang kita impi-impikan?

Orang lain mengaut hasil anak watan terciri layu. Patutlah kita diberi nama orang ‘Melayu’ Apakah orang Melayu akan terus’ layu’ dibumi sendiri. Inilah agaknya yang dikatakan ‘menang sorak kampong tergadai’. Itek diair mati kehausan, ayam dikepuk mati kelaparan.

Pilihanraya sudah selesai. Apakah kita hendak menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum isu-isu ini menjadi isu lebih hangat dan ganas?

Bagaimana mungkin harapan negara hendak dipikul oleh generasi akan datang, andainya tiada jaminan masa depan untuk mereka? Bagaimanakah mereka hendak memimpin kalau kerja pun tak ada.

Wang adalah segalanya

Dalam dunia yang serba maju in, wang adalah segala-galanya. Lihat sahaja dikiri kanan kita. Mana ada pemimpin yang berpengaruh kalau ianya miskin wang ringgitnya. Dinegara gajah putih,Thailand, Thaksin Chinawat misalnya, adalah seorang jutawan, maka itulah sebabnya ia begitu berpengaruh walapun corak kepimpinanannya boleh dipersoalkan. Begitu juga di Rumah Putih, Amerika Syarikat, dimana George W.Bush begitu berkuasa dan berpangaruh. Ini adalah kerana kekayaan wang ringgit hasil dari beberapa syarikat petroleum yang dikuasainya. Begitu juga dengan keluarga John F.Kenneddy. Jarang sekali kita bertemu pemimpin terkenal didunia ini, yang miskin wang ringgit berjaya bertahan lama.

Pemimpin datang pemimpin bergi.

Pemimpin mesti ada wang. Orang-orang bawahnya mesti ada wang. Kalau tidak siapa hendak beri makan anak bini mereka yang bekerja dibawah mereka. Ini hakikat. Mereka yang kaya raya memang beruntung. Kemana saja pergi, mereka disanjung dan dipuja. Kawan sekeliling pinggan. Pingat dan darjah kebesaran mudah sahaja menjadi milik mereka. Tapi yang miskin papa, bertambah derita dan dipandang hina. Apakah kita mahu siswa kita disuatu hari nanti menjadi pembantu rumah seperti siswazah-siswazah negara Filipina dan India ? Di India misalnya siswazah-siswazahnya banyak menganggur. Akibatnya mereka terpaksa membuat kerja-kerja yang tidak sepadan dengan kelusuan Menjadi pemandu pelancung adalah satu darinya. Apabila ditanya kenapa mereka berkata ia lebih baik dari menjadi penganggur.

Penulis ini telah lama bergiat didalam persatuan-persatuan sukarela semenjak dibangku sekolah lagi. Perjuanan kami adalah untuk menebus marwah bangsa, negara dan ugama yang telah terjajah begitu lama. Sekarang ini walaupun telah bersara dari jawatan kerajaan, namun semangat perjuangan masih segar didalam tubuh ini.

Dalam dunia yang serba canggih ini wang adalah segala-galanya. Wang adalah marwah. Wang adalah kuasa. Wang adalah kedudukan.Dengan wang ringgit walaupun sudah lanjut usia punmasih mampu memiliki prempuan-perempuan cantik sebagai isteri atau perempuan simpanan.
.

Bagi penganggur wang adalah satu masalah besar, terutama pada masa sekarang. Wang diperlukan pada setiap masa.

Bayangkanlah perasaan belia-belia ini yang tidak ada kerja, walaupun sudah bergelar “graduate”. Dimana silapnya? Sudahkah kita mencari puncanya?

Pada hemat saya, tidak perlu kita menuding jari kepada sesiapa, kerana pemilik badan itu sendirilah yang patut memberi jawapannya. Banyak pihak yang sering menuding jari kepada kementerian Sumber manusia dan Kementerian pendidikan kerana merekalah yang dipertanggungjawab dalam soal ini. Mungkin ada betulnya. Tapi tidak mungkin kedua-dua pihak ini sahaja yang patut dipersalahkan. Pemimpin datang dan pergi. Tukar pemimpin pun tak ada banyak bezanya, andainya tuan empunya badan sendiri yang tidak bertanggungjawab kepada dirinya sendiri.

Mungkin salah satu sebab utama berlakunya demikian adalah kerana budaya orang Melayu itu sendiri yang masih berpegang kepada pepatah lama bahawa rezeki secupak tak akan menjadi segantang.

Juga mungkin juga keadaan ini berlaku keranam pemimpin akar umbi terlalu banyak bermain politik sehingga terlupa tanggungjawab sosial. Namun begitu ia hanya satu andaian. Mungkin pihak cerdik pandai dipusat-pusat pengajian tinggi boleh memberi jawapan yang lebih tepat sebab mereka terdedah kepada berbagai penyelidikan ilmiah.


Perbezaan politik dan tanggungjawab social.

Politik adalah untuk menang dalam pilihanraya. Politik adalah kuasa dan pengaruh. Orang-orang politik akan berbuat apa sahaja untuk mencari pengaruh. Mereka menabur janji. Manakala pihak lawan pula akan membuat memfitnah, konon sebagai pembela nasib rakyat. Masih ramai yang tidak sedar bahawa jika terlalu banyak berpolitik, negara tidak akan stabil. Ini akan mengakibatkan pelabur-pelabur segan untuk menanam modal yang besar-besar kerana takut kemanan tidak terjamin.

Sepatutnya sebaik sahaja pilihanraya selesai, maka berakhirlah tuduh menuduh dan cela mencela. Semua pihak patut berdamai dan menerima keputusan rakyat dan bekerja keras untuk memberi khidmat kepada rakyat yang mereka pimpin.

Tanggungjawab sosial, adalah tanggungjawab yang berterusan kepada rakyat. Tanggungjawab sosial tiada noktahnya selagi ia diperlukan. Pada masa ini masih banyak tanggungjawab sosial yang diperlukan. Soal kemiskinan, perumahan, air bersih, udara bersih, sampah sarap yang tidak dipungut, banjir kilat, pengangkutan awam, tandas awam, kesihatan awam dan banyak lagi.

Sedangkan politik sibuk dengan isu-isu remeh temeh seperti isu pakaian wanita dan aurat wanita. Apakah isu ini begitu penting hinggakah Dato’ Nik Aziz dan kuncu-kuncunya tak lekang-lekang dengan persoalan ini. Sedangkan soal lain yang lebih penting seperti mengadakan bekalan air bersih kepada penduduk Kelantan tak habis-habis menjadi masalah.

Isu belia Kelantan yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur kerana ketiadaan peluang pekerjaan tidak pula diheboh dan diperbesarkan. Yang mereka tahu hanya mengharamkan segala bentuk hiburan yang menjadi sebahagian dari cara hidup dan punca pencarian orang Kelantan telah ditiadakan. Kini orang Kelantan ketandusan hiburan,sehingga terpaksa melintasi sempadan untuk mencari hiburan. Tapi yang peliknya di jamuan-jamuan istana, majlis-majlis anjuran orang kenamaan boleh pula berhibur dan bersuka ria. Seolah-olah menggambarkan masih ada status jelas yang membahagikan antara golongan atasan dan golongan bawahan.

Sepatutnya negeri Kelantan, yang diisytiharkan sebagai Kota Budaya dan bandaraya Islam, tiada lagi perbezaan antara kaya dan miskin, kerana disisi Allah manusia adalah sama. Jikalau tetamu-tetamu istana boleh menikmati suara Siti Nurhaliza, Misha Omar, dan lain-lain, kenapa orang biasa tidak dibenarkan. Dimanakah ketelusan yang dijanjikan?

Apakah orang-orang atasan sahaja layak berhibur manakala orang bawahan tidak memerlukan hiburan dan penglipurlara didalam kehidupan mereka?

Berbalik kepada persoalan siswazah menganggur, apakah dengan menubuhkan sebuah universiti di Kelantan akan menyelesaikan masalah ini? Pada hemat saya,memang ia akan menyelesaikan sedikit masaalah. Kerana penubuhan university akan memberi peluang pekerjaan, perniagaan dan dengan adanya sebuah universiti di Kelantan, bererti orang-orang Kelantan tidak lagi perlu berpisah dengan ibubapa apabila melanjutkan pelajaran. Ini tanggungjawab sosial. Tapi penubuhan Universiti sahaja tidak akan menyelesaikan semua masalah.

Berbagai kementerian dan Jabatan telah ditubuhkan dari masa kesemasa untuk mengurus pelbagai masalah rakyat, namun mengapa terdapat 80,000 rakyatnya yang berpelajaran tinggi masih tidak terbela nasibnya.

Mereka ini merupakan orang-orang yang tergolong dari golongan 5% dari jumlah keseluruhan penduduk negara ini, yang berpeluang menjejakkan kaki kemenara gading.

Benak ini sentiasa tertanya-tanya siapakah siswazah-siswazah ini? Dimanakah mereka berada? Apakah jurusan yang mereka ambil semasa menuntut di Universiti? Apakah keturunan mereka? Dari manakah asal usul mereka? Bolehkan mereka dihubungi segera jika terdapat kekosongan jawatan didalam sector awam atau swasta? Sudahkah mereka ini mewujudkan sistem networking yang tersusun dikalangan mereka? Berapa kalikah mereka mengahadiri kursus- kursus atau temuduga-temuduga selepas tamat pengajian di Universiti? Bagaimanakah perwatakan dan personality mereka? Macamnakah agaknya wajah-wajah mereka? Adakah mereka in terdiri dari golongan kurang upaya? Apakah status perkahwinan dan pecahan jantina mereka?Adakah jawatan-jawatan yang mereka pohon sesuai dengan kelayakan mereka? Atau adakah masalah timbul disebabkan mereka terlalu memilih kerja sebagaimana anggapan setengah-setengah pihak? Sudahkah mereka puas berusaha mencari kerja? Adakah sesuatu yang tak kena dengan perwatakan atau personality mereka? Bagaimanakah sikap mereka terhadap diri mereka sendiri?

Sungguh banyak persoalan-persoalan ini bermain dikepala saya dan saya rasa pasti ada jalan keluar yang boleh difikirkan bersama oleh ahli-ahli politik dan juga orang-orang perseorangan?

Yang penting ialah mesti ada “kesedaran” dan komitmen yang berterusan dari pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan memimpin negara ini dan juga siswa-siswa itu sendiri.

Apakah dengan menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat pengajian tinggi dan universiti-universiti yang begitu pesat dinegara ini salah satu sebab? Atau mungkinkah kerana kepesatan pertambahan penduduk yang mencetuskan masaalah ini? Atau apakah kerana pembangunan ekonomi dan perindustrian negara tidak sepantas dengan kepesatan perkembangan penduduk? Atau apakah kerana kita masih lagi bergantung kepada sumber manusia dari luar negara yang menyebakan anak watan sendiri tercicir dari mengisi jawatan yang diujudkan?


Orang-orang politik tidak komited. Pemimpin akar umbi tidak komited. Ibubapa sendiri pun tidak komited. Apatah lagi mahasiswa-mahasiswanya.

Apa yang jelas sekarang pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja yang kelihatan komited kepada pelajaran masing-masing. Mereka berlomba-berlomba mendapatkan 10A hingga 17A. Lepas itu mereka hilang dari pendangan. Entah ada atau tidak didalam negeri setelah tamat pengajian. Yang pasti ramai pelajar-pelajar cemerlang terus menghilangkan diri . Kenapa? Mungkin salah satu jawabnya ialah kerana kurangnya peluang pekerjaan dan juga ganjaran atau gajinya yang tidak begitu menarik. Mengapa? Sama-samalah kita fikir sendiri.

Yang pasti gaji mereka yang bergiat dalam politik begitu lumayan berbanding pekerja disektor awam. Bagi orang-orang politik,mereka hanya perlu menjawat jawatan satu penggal, sudah memadai untuk menerima pencen yang lumayan, apalagi kalau mereka menyandangnya dua atau tiga penggal. Dan itu tak cukup lagi kalau sebelum berkecimpung dalam politik, mereka telah bekerja disektor awam, pencen itupun mereka turut menikmatinya sehingga keanak cucu. Apakah ini yang dikatakan adil?

Cadangan untuk mengatasi siswazah menganggur.

Pada pendapat saya, adalah manasabah jika ditubuhkan satu perbadanan khusus untuk menagani masalah ini. Badan ini akan mengurus segala masalah siswa yang kurang bernasib baik dalam mencari pekrjaaan setelah selesai pengajian,dengan menggabungkan semua tenaga ini untuk satu-satu projek kerajaan.

Projek pertama

Antara projek yang patut siswazah ini diserapkan ialah projek tuisyen dimana kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar. Pada masa ini saya rasa peruntukan ini telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh guru-guru sekolah yang sedia ada. Mereka ini yang mengaut segala peruntukan dengan menganjurkan kelas-kelas tuisyen dirumah masing-masing. Guru-guru ini bukan sahaja mengajar diwaktu malam, malah dalam masa cuti pun mereka memberi tuisyen, kerana ganjarannya yang begitu lumaya.

Ini adalah satu kesilapan besar dan satu penganiayaan. Guru ini telah pun dibayar gaji untuk mengajar disekolah. Mereka ini sudah ada kerja, ada gaji dan ada cuti yang mencukupi. Saya rasa ini adalah satu penipuan yang besar.

Ramai guru-guru sekarang kurang menumpukan tugas mereka semasa didalam bilik darjah. Sebaliknya mereka berniaga sepenuh masa dan bekerja separuh masa. Adilkah ini? Patutlah disiplin pelajar-pelajar menurun. Guru-guru sendiri tidak berdisiplin.

Kalau kita lihat dikampung-kampung sekarang. Rumah yang besar-besar didalam bendang-bendang padi itu rumah siapa?.Kalau ditanya, kebanyakan jawapannya ialah rumah Cik Gu sianu dan sianu.

Kalau dilihat pada gaji mereka tidaklah setinggi mana. Tapi gaya hidup mereka ‘Masya Allah mewahnya’. Tapi saya tidak mengatakan semua, tapi sebahagian besar terdiri dari golongan ini. Patutlah pelajar tidak begitu menghormati guru lagi. Mereka tidak lagi memberi perhatian kepada khidmat yang diharapkan.

Jadi pada hemat saya, kalau sebahagian dari siswa-siswa ini diberi tugas menjadi guru tuisyen, sekurang-kurangnya sebahagian daripada masalah ini dapatlah dikurangkan untuk beberapa jangka masa tertentu.

Projek kedua

Mengadakan satu laman web khusus untuk mereka. Disini setiap siswa diwajibkan berdaftar diri masing-masing dibawah satu jaringan networking yang tercanggih.
Siswa-siswa boleh juga diberi tugas untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan. Tugaskan mereka dibeberapa universiti tempatan atau dipusat-pusat penyelidikan. Gunakan kepakaran mereka dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan keperluan kerajaan. Mereka ini tidak perlu dibayar gaji yang lumayan, mamadai dengan gaji permulaan RM600 sebulan. Saya rasa perkara ini, lebih baik daripada memberi makan kepada penagih dadah dipusat-pusat serenti dan pesalah-pesalah dipenjara yang tidak berfaedah itu.

Penagih dadah adalah masyarakat sumbang yang tidak layak diberi layanan. Siswa-siswa menganggurlah yang sepatut mendapat perhatian sewajarnya, melebihi penagih dadah. Apakah logiknya, penjenayah dapat simpati kerajaan? apatah lagi siswazah yang telah menghabiskan masa bertahun-bertahun berusha untuk menjadi orang-orang berguna kepada masyarakat. Jangan jadi sebagai pepatah melayu ‘kera dihutan disusukan, anak didokong dibiarkan’


Ada banyak lagi projek yang berada dalam benak yang kecil ini tapi sebagai seorang pesara siapa nak dengar. Cukup sahaja dicurahkan perasaan ini didalam blog ini. Sekurang-kurangnya anak-anak boleh baca. Itu pun kalau mereka sudi dan ada masa.

No comments: